Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond



Air conditioner (AC) atau penghawa dingin sudah menjadi benda yang penting bagi menyejukakn badan tambah-tambah lagi ketika waktu yang panas.

Untuk menggunakan AC, sudah semestinya kita akan memerlukan remote atau alat kawalan jauh. Semasa menggunakan remote AC, adakah kamu tahu maksud setiap simbol?

Jika kamu tidak tahu maksud dan fungsi bagi setiap satu butang tersebut, susahlah untuk AC berfungsi mengikut apa yang dikehendaki. Jadi, entri kali ini penulis akan kongsikan setiap satu maksud di sebalik butang yang ada pada remote AC.

Butang Kawalan Suhu 

Fungsi butang ini adalah untuk mengawal suhu dan menetapkannya pada suhu yang sesuai mengikut seseorang individu. Sama ada kamu ingin menaikkan atau menurunkan suhu, tetapkan mengikut keselesaan.

Foto – Ali Express

Suhu yang paling rendah adalah 16°C manakala paling tinggi adalah 30°C.

Butang Fan  

Foto – Ali Express

Jangan keliru dengan Fan Mode kerana butang Fan ini berfungsi untuk menaikkan kadar sejuk atau panas. Sekiranya berasa panas, kamu boleh tingkatkan kelajuan kipas tersebut dan jika sejuk, kamu boleh turunkannya kembali. Semakin tinggi bar yang ditunjukkan, semakin tinggi kelajuan kipas.

Butang Sleep 

Foto – Ali Express / Twitter

Jika kamu menekan butang ini, sebenarnya ia berfungsi untuk mengurangkan bunyi AC yang ‘bergerak’ ketika digunakan. Kalau kamu seseorang yang jenis mudah terjaga dan terganggu disebabkan oleh bunyi-bunyi ketika tidur, kamu boleh menggunakan mod ini bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Butang Timer 

Mempunyai dua jenis butang iaitu Timer On dan Timer Off.

Foto – Ali Express / Pinterest

Bagi Timer On, ia berfungsi sekiranya kamu menetapkan AC untuk ‘bekerja’ pada waktu-waktu yang tertentu. Contohnya kamu mahu AC ‘bekerja’ pada pukul 2 pagi, dan secara automatiknya ia akan ‘bekerja’.

Manakala bagi Timer Off, jika kamu telah menggunakan AC dan ingin mematikan pada waktu tertentu tetapi bimbang tidak terjaga, kamu boleh menggunakan butang ini. Mod ini secara automatik akan mematikan penggunaan AC pada waktu yang kamu telah set.

Butang Swing 

Fungsi butang Swing pula adalah kamu boleh mengawal kedudukan swing louver. Ada beberapa sudut yang boleh dipilih untuk sesuaikan dengan hembusan angin ke arah yang kamu suka.

Foto – Ali Express

Selain itu, butang ini juga membolehkan kamu mengawal secara manual atau secara automatik. Jika secara automatik, ia akan berayun secara berterusan untuk mengubah sudut hembusan AC kamu ke arah yang berbeza.

Butang Turbo 

Foto – Ali Express / YouTube

Jika kamu seorang yang sukakan keadaan yang terlalu sejuk, butang ini sangat sesuai untuk digunakan. Fungsi butang ini adalah untuk membuatkan AC kamu ‘bekerja’ secara maksimum dan cepat bagi menyejukkan bilik atau rumah.

Butang Mode

Bagi butang Mode pula, kamu boleh memilih tiga jenis mod iaitu Fan ModeCool Mode dan Dry Mode.

  • Fan Mode 

Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan power cooling atau cool air, kamu boleh menggunakan mod fan ini. Fungsi butang ini adalah ia hanya menyalakan fan indoor tanpa menggunakan outdoor unit.

Foto – Youtube

Dalam pada masa yang sama, mod ini akan menghasilkan udara yang tidak sesejuk seperti mod Cool. Dan ia juga dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik.

  • Cool Mode

Foto – av2day.com

Jika kamu melihat simbol salji, sebenarnya ia membawa maksud kepada Cool Mode. Paling popular dan ramai yang menggunakannya, fungsi mod ini membuatkan AC kamu menghasilkan udara yang sejuk dengan kadar yang segera setelah dibuka.

  • Dry Mode

Foto – av2day.com

Untuk tidak berasa keliru, Dry Mode ini sering menggunakan simbol seperti titisan air. Ketika kamu menggunakan mod ini, ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil masih menerima udara sejuk daripada AC.

Jadi sekarang kamu sudah tahu setiap butang ini apa fungsinya? Selepas ini, sebelum menekan setiap satu butang itu, kamu perlu tahu apa yang kamu mahukan untuk berasa nyaman dan selesa.

RUJUKAN: 123

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post