Petua Tanam Kangkung, Bayam, Sawi & Ulam-ulaman Dalam Baldi, 25 Hari Dah Boleh Tuai!

 


Nak cuba tanam sayur-sayuran dan ulam-ulaman di rumah?

Jom ikuti perkongsian daripada Tanimart.my ini. Tanam guna baldi je.

Baca perkongsiannya :

Assalamualaikum dan Selamat pagi

Hari ni saya masak kangkong yang ditanam dalam baldi.

Tanpa r4cun serangga kimia.

Enak ooo…

Jom kita tanam kangkong, bayam , sawi dan ulam2 seperti selom,kesum,pudina,pegaga dll dalam baldi!!

Langkah menanam kangkong dalam baldi :

  1. Sediakan tapis dan baldi yg sama saiz mukanya supaya tapis dpt duduk elok dalam baldi
  2. Isikan air dalam baldi ( biasa baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter).

Masukkan 50ml Baja A dan 50ml Baja B.

  1. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras-paras tapis sahaja.
  2. Tabur benih kangkong dalam penapis.

Tidak perlu tanah atau apa-apa sahaja media sebab benih kangkong besar. Kalau benih bayam, sawi dan kailan gunakan tuala goodmorning sebagai lapik dan tabur benih atas tuala.

  1. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama 3 ke 4 hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah letakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
  2. Selepas cambah semburkan dengan Sri Anak setiap seminggu dua kali atau sekali. Bancuh 5ml Sri Anak untuk 1 liter air.
  3. Selepas 25 hari dah boleh petik dan masak.

Baja boleh beli sini :

Baja Sri Anak https://shope.ee/99qd2GArSq

Baja A & B https://shope.ee/7UiP2vossK

Sekian..

Selamat Mencuba!

Kredit Pic: Tanimart.my via Berkebun Di Rumah

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post