Ibu-ibu yang bersalin melalui kaedah c-section tentunya akan berasa bimbang tentang luka pembedahan bukan? Tentu sekali ada perasaan risau dan takut luka di bahagian tersebut akan bernanah, terkena jangkitan dan sebagainya.
Melalui perkongsian doktor Muhammad Izzat beliau menjelaskan tentang tip dan penjagaan yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang melahirkan melalui kaedah c-section. Semoga ia bermanfaat.
TIP UNTUK SEMBUH CEPAT SELEPAS C-SECTION
1. Makan secara sihat. Eat clean. Tetap suku-suku separuh. Makanan berprotein tinggi – daging, telur, soya contohnya, baik untuk penyembuhan luka dan pembetukan sel/tisu baru. Kalau allergik telur jangan makan, otherwise boleh amek jika tiada allergi
2. Minum air yg mencukupi. Pastikan kekal terhidrat. Air mencukupi penting untuk elakkan ibu kering sekaligus tingkatkan risiko untuk dapat thrombosis ( darah beku ). So, jangan sekat minum air.
3. Wound hygiene. Pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih. Kalau basah/lembab anginkan luka guna blower from hair dryer. Jangan sapu apa apa bahan pada luka, melainkan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Mandi bersih-bersih seperti sediakala.
4. Abdominal support. Lepas bersalin perut akan menggelebeh akibat lebihan kulit dan akan berasa tak secure bila berjalan sebab dia goyang-goyang. Pakai abdominal support yang tidak terlalu ketat, mampu pegang perut tu so semasa ketawa, batuk atau bergerak rasa more secure dan tak sakit. Pastikan kain abdominal support tu jenis breathable supaya tak panas dan tak berlengas tempat luka tu. Bukan utk kurus ramping, hanya utk bagi sokongan pada abdomen sahaja.
5. Pastikan berjalan banyak. Walaupun ada pembedahan, tak bermakna kita kena baring berehat sepanjang masa. Lagi lambat kita jalan, lagi la lambat penyembuhan. So please move a lot. Ambulation dapat kurangkan risk dapat darah beku (thrombosis) juga.
6. Ubat tahan sakit generally safe untuk breastfeeding, manage your pain well. Jangan takut nak amek ubat tahan sakit.
7. Jika luka c-cection merah, panas, keluar darah, sakit amat, keluar nanah dan pelik, sila berjumpa doktor. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk tengok ada jangkitan kuman atau tidak.
KELUARGA ANA: Apa yang penting jaga kebersihan di bahagian luka pembedahan. Pastikan bahagian tersebut sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
Sumber kredit: Doktor Muhammad Izzat