Tugas ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sememangnya mencabar. Apatah lagi, otak mereka diibaratkan seperti span yang mampu menyerap setiap perkataan atau tingkah laku sekeliling dengan sangat cepat.
Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak berada dalam lingkungan yang baik bagi memupuk nilai murni supaya mereka membesar menjadi insan berguna.
Maka sebab itulah ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak. Luangkan masa bersama anak-anak dan dekati mereka. Selami jiwa mereka agar mereka tidak berasa jauh dengan kita.
Berikut perkongsian Wawa Shauqi yang juga seorang Penulis buku Bestnya Parenting tentang mengapa pentingnya ibu bapa mesti rapat dengan anak-anak.
“Jangan biarkan orang lain lagi rapat dengan anak kita.”
Saya pernah ke satu seminar parenting ni. Dan waktu tu, Dr Syeikh Muszaphar dengan Ummi Profazz jadi speaker.
Dalam sharing mereka yang panjang lebar tu, ada satu poin mereka yang match. Iaitu;
“Jangan biar orang lain lebih rapat dengan anak kita, selain dari kita sebagai mak ayah.”
Saya rasa, satu Malaysia tau betapa sibuknya jadi seorang Syeikh Muszaphar. Tapi, kesibukan tu tak jadi alasan untuk beliau usaha bonding dengan anak.
Ummi Profazz pun macam tu. Walaupun besar tekanan menjadi surirumah, menjaga anak lelaki aktif yang berderet 5 orang, tapi asbab dari percaya pada kuasa bonding, kelima-lima anaknya menjadi. Sudahlah huffaz. Bekerjaya hebat pulak tu semuanya.
Mereka berdua adalah figura mak ayah yang tak sempurna. Tapi sentiasa berusaha berikan yang terbaik buat anak-anak.
Dan mereka sangat percaya pada kuasa BONDING. Ikatan yang rapat dengan anak-anak inilah resepi paling utama untuk membentuk anak-anak yang sihat mental dan emosi.
Ini antara pesan yang bermakna:
1) WALAU KITA ADA PEMBANTU RUMAH, ATAU SIBUK BINA KERJAYA SEKALIPUN, JANGAN BIAR ORANG GAJI ATAU PENJAGA LAIN LEBIH RAPAT DENGAN ANAK BERBANDING KITA.
Usahakan tangan kita yang menyentuh, yang memeluk, yang menyuap dan yang menepuk saat anak tidur.
Usahakan mata kita untuk lebih banyak memandang mata anak.
Usahakan mulut kita yang banyak memberi kata-kata yang menyembuh mereka.
Sibuk mana pun kita, ciptakan masa. Kaya mana pun kita, kita takkan mampu bayar orang lain untuk replace peranan kita sebagai parents.
2) CUBA AS POSSIBLE, BERI ANAK MAKAN AIR TANGAN KITA
Part ni pun saya dah kalah. Tapi ingatan ini juga beri motivasi untuk saya usahakan juga diri masuk dapur dan usahakan air tangan sendiri kat anak.
Dalam ‘air tangan’ kita ada berkat. Dan tangan kita boleh memilih nutrisi yang baik masuk ke dalam badan anak. Dan membentuk otak anak.
3) T.I.M.E.S IS HOW YOUR KIDS SPELL LOVE
Kita bagilah banyak mana pun kemewahan pada anak. Belilah anak smartfon atau mainan paling mahal sekalipun.
Ia takkan sama mahalnya dengan tenaga dan masa yang kita dedikasikan untuk mereka.
Sebab apa?
Sebab setiap manusia, Allah beri fitrah untuk rasa disayangi, selamat dan dimiliki. Material takkan mampu beri rasa tu. Melainkan perhatian dan kasih sayang dari seseorang individu. Especially mak ayah sendiri.
Spend time with your child
Talk about their interest
Turn off technology when you are together
Get involve in their life
Create at least one simple routine
Contohnya berbasikal, bersenam, bacakan buku cerita, main board games dan sebagainya)
Jadikanlah kita punca untuk anak tagih perhatian dan kasih.
Takut-takutlah, anak buat perangai di luar untuk tagih perhatian yang mereka tak dapat di rumah.
Takut-takutlah anak jadi mangsa buaya yang sedia tawarkan keperluan kasih sayang yang anak tak dapat dari kita.
Sumber kredit: Wawa Shauqi