Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Ketika berada di kampung , Uda saya ada memberitahu , dia ada menonton program agama . Ustaz itu mengatakan bahawa mimpi siang hari ini betul . Sebab waktu siang , jin dan syaitan tidur , jadi mereka tidak dapat masuk dalam mimpi kita . Maka , adakah mimpi siang itu benar ?
Jenis Mimpi
Mimpi yang datang kepada kita ada 3 jenis .
1 - mimpi daripada syaitan
2 - mimpi daripada Allah
3 - mimpi daripada diri sendiri
Hujah Tentang Mimpi Siang
Maka saya pun mencari maklumat mengenainya . Saya kongsikan hasil carian saya di sini ...
Di dalam kitab Sahih Al - Bukhari dinyatakan bahawa Muhammad Ibnu Sirin berkata bahawa mimpi pada waktu siang adalah sama seperti mimpi pada waktu malam .( Fathul Bari , 12/409 ) .
Kata Abul Hasan dalam kitab Nurul Bustan bahawa tiada beza antara mimpi siang dan mimpi malam ,dan hukum kedua - duanya adalah satu ( sama ) pada ibarat .( Umdatul Qari syarah Bukhari , 24/216 )
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al khudri , Nabi Muhammad ( selawat dan salam ke atas baginda ) bersabda , ertinya ;Mimpi yang paling benar ialah pada waktu sahur ( akhir malam )( Hadis sahih Riwayat Ahmad , Tirmizi , Ibnu Hibban , Hakim ) ( Faidhul Qadir , 1/530 )
Kesimpulan ;Dalam sebuah hadis daif riwayat dari Jabir dinyatakan bahawa ;Mimpi yang paling benar ialah pada waktu siang .( Hakim dalam Tarikh , dan Dailami )
Walaupun hadis ini daif , namun ulama tidak terus berkata : mimpi pada waktu siang tidak boleh pakai sebab hadis ini daif .
Tetapi mereka berkata , boleh dikatakan bahawa mimpi siang lebih benar daripada mimpi malam selain daripada waktu sahur .
Kerana mengumpulkan dua hadis di atas . Dan memang terdapat ulama yang berkata bahwa mimpi siang lebih kuat daripada mimpi malam .
SUMBER : tahukah