Jangan Pukul Anak Umur 2 Tahun Kerana Terlalu Aktif, Fitrah Memang Begitu, Ibu Bapa Yang Perlu Bijak Urus Emosi


 

Mendidik anak-anak memerlukan ilmu dan skil. Maka sebab itulah ibu bapa perlu belajar dari semasa ke semasa tentang ilmu mendidik anak-anak.

Selain itu, ibu bapa jug perlu sabar dalam soal mendidik anak-anak. Didiklah anak-anak sesuai dengan zamannya dan tidak mengikut cara seperti ibu bapa kita mendidik kita dahulu.

Janganlah kerana stres, kemarahan dilepaskan pada anak-anak. Ia sungguh tidak adil dan satu bentuk ‘kezaliman’ pada anak-anak.

Berikut perkongsian daripada Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy) yang wajar dijadikan iktibar kepada golongan ibu bapa.

Saya mendengar luahan seorang ibu yang sering menengking dan memukul anaknya yang berusia 1 tahun 8 bulan.

Bila ditanya apakah kesalahan anak sekecil itu hingga sering diperlakukan sebegitu?

Jawab si Ibu kerana anak terlalu aktif.

Malam pun anak susah tidur.

Keadaan si anak sebegitu dari dalam pantang hinggalah sekarang.

Ayah dan ibu yang dihormati sekalian.

1) Sekiranya anda mengharapkan anak yang berada dalam lingkungan usia 2 tahun itu sifatnya ‘angelic’ seumpama malaikat, diam setempat ‘huk’ tidak ‘hek’ pun tidak, maka yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu adalah jangkaan atau ‘expectation’ anda, bukannya anak itu.

Yang perlu diperbetulkan adalah pengetahuan anda tentang kanak-kanak.

KEBANYAKAN anak 2 tahun sedang meneroka kebolehan diri dan mencari autonomi, sebab itu mereka aktif.

Itu fitrah semulajadi kanak-kanak.

Ibu bapa perlu tahu menguruskannya.

2) Anak yang aktif sampai ke malam susah tidur itu tentu ada puncanya.

Adakah siang dia tidur terlalu lama, maka malam dia tidak mengantuk?

Adakah rutin harian dia kelam-kabut?

Adakah dia diberi skrin sebelum waktu dia tidur, oleh itu otaknya aktif dan susah tidur?

Adakah suasana tidak selesa untuk dia tidur?

Adakah dia mempunyai masalah kesihatan?

Adakah dia lapar?

Adakah dia inginkan perhatian?

Adakah?

Adakah?

Adakah?

Cari puncanya.

Bila ditanya lagi rupa-rupanya si Ibu jadi begitu, sering menengking dan memukul anak kerana tertekan suami tidak membantu.

Mereka tinggal bersama mertua.

Ayah dan ibu yang dihormati sekalian,

3) Sekiranya ‘menghasilkan’ seorang anak itu memerlukan usaha 2 orang, maka membesarkan dan mendidik anak juga memerlukan usaha 2 orang.

Apabila sebelah pihak yang ‘menghasilkan’ anak itu tidak membantu, tekanan akan menyebabkan si anak menjadi mangsa.

Walhal ‘kesilapan’ anak adalah dia berperangai sesuai dengan usianya.

Tidak salah langsung.

Si ibu bertanya bagaimana caranya dia menguruskan emosi?

4) Cara menguruskan emosi dalam situasi sebegitu adalah menguruskan komunikasi di antara suami dan isteri terlebih dahulu.

Ini adalah masalah orang dewasa yang harus diselesaikan supaya anak tidak terus menjadi mangsa.

Selagi suami isteri tidak boleh sepakat dan berkomunikasi dengan baik tentang hal anak, selagi itulah emosi sukar dikawal kerana akar masalah itu masih mencengkam.

Jangan biarkan ia membarah kerana anak yang akan parah.

Berkahwin bukan hanya untuk berseronok-seronok ‘honeymoon’ sahaja ya.  It comes with responsibilities.

Sumber kredit: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post