Kulit udang biasanya kita buang sahaja bukan? Selalunya bila masak udang, kita akan kupas udang untuk buang kulitnya.
Selepas ini usah buang kulit udang kerana kulit udang mengandungi kebaikan untuk kesihatan tubuh.
Berikut perkongsian Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat kulit udang.
Kulit udang jangan dibuang. Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.
Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit.
Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu.
Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.
Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.
KHASIAT LAIN DARI KULIT UDANG, SELAIN KALSIUM;
FOSFORUS
IRON
MAGNESIUM
ZINK
SODIUM
POTASIUM
SELENIUM
Banyak bukan mineral yang ada. Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.
Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.
Cuba cari udang laut, Insya Allah pilihan lebih baik dari udang sangkar/bela.
Kita cuba sama-sama, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak. Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.
Sumber kredit: Dr Mazliana Mazlan