Ibu bapa mana yang tidak pening kepala bila anak-anak jadi seorang yang pemalas. Sudah dinasihat, marah dan sebagainya namun perangai anak tetap sama, PEMALAS.
Lalu bagaimanakah caranya untuk mengelakkan anak-anak daripada menjadi seorang yang pemalas? Ini perkongsian daripada Taufiq Raif yang merupakan seorang penulis & pendidik ilmu keibubapaan.
TUJUH CARA ELAK ANAK JADI PEMALAS
1. Ajar anak terutamanya anak lelaki untuk buat kerja rumah sejak daripada kecil.
2. Jangan buat semua benda untuk anak kita. Kalau dia mampu buat sesuatu perkara, biarkan dia buat sendiri.
3. Jangan bagi semua yang anak kita nak. Latih anak kita bezakan kehendak dengan keperluan.
4. Limitkan screen-time anak seperti bermain game, tengok TV dan main hp. Itu semua akan membuatkan mereka mengalami sensory lock hingga membuatkan mereka jadi malas bergerak.
5. Jangan tolak permintaan anak untuk bantu kita kerana kita rasa cara mereka nak menolong kita itu tak sempurna.
6. Jangan kritik hasil kerja anak kita secara keterlaluan hanya kerana mereka belum pandai melakukannya dengan baik.
7. Jangan kita tunduk pada anak kita seperti hamba yang tunduk pada tuannya kerana kesannya sangat buruk pada perangai dan batang tubuh anak kita.
NOTA: Penting! Tolong ajarkan ilmu ini pada pasangan kita juga.
Sumber kredit: Taufiq Raif