Doktor Ini Kongsi Khasiat Empulur Nanas, Lepas Ni Makan Ya, Jangan Buang


 

Selain rasanya yang manis dan sedap, nanas antara buah yang sering menjadi kegemaran ramai. Masih ramai tidak tahu nanas sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Nanas mempunyai kandungan vitamin C, vitamin B, B1, B3 (niacin), karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin.

Selalunya setiap kali makan nanas, empulurnya pasti dibuang bukan? Selepas ini jangan buang tapi makan sahaja empulur itu ya.

Ini perkongsian doktor Mazliana Mazlan tentang khasiat empulur buah nanas. Semoga bermanfaat.

Empulur nanas keras yang kita selalu buang itu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.

Bromelain ni sejenis enzim yang ada pada buah nanas. Dan paling banyak di bahagian tengah nanas yang keras itu.

Kadang bila kita makan nanas, rasa lidas dan gatal di lidah kan. Sebab kandungan bromelain ni lah.

Bromelain boleh jejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nanas. Inilah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan nanas.

Pun begitu, bromelain ni tinggi jugak khasiatnya tau. Takkanlah sebab rasa gatal lidah je kita terus tak nak makan nanas kan.

Nanas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita wajib kita ajar anak-anak untuk cuba makan.

Nanas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016, katakan yang nanas mampu kurangkan simptom radang pada sinus. Resdunglah maksudnya.

Kalau anak-anak tak sihat, suami saya suka beli nanas bagi anak makan setiap hari.

Nanas kaya dengan sifat anti radang yang Insya Allah boleh cepatkan penyembuhan anak.

Nanas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nanas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.

Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.

Setiap hari 3 hingga 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 hingga 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.

Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.

Sumber kredit: Doktor Mazliana Mazlan

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post