Berat badan sering menjadi masalah besar bagi kebanyakan individu. Kedua-duanya berkaitan kesihatan dan juga penampilan diri.
Diet harus mudah dan mampan untuk diikuti. Ia harus termasuk makanan yang biasa diambil setiap hari contohnya nasi.
Namun ianya ditukar dan diolah sebagai contoh, beras biasa digantikan dengan beras perang. Roti putih digantikan dengan roti serat.
Pernah dengar rungutan ini? “Macam-macam dah buat. Tapi tak kurus-kurus juga. Bencilah”
ADA BANYAK SEBAB NIAT KURUS TAK MENJADI. BERIKUT ADALAH ANTARA TIGA SEBAB UTAMA:
1. TAK JAGA WAKTU TIDUR
Tidur kurang dari 6 jam. Jangan mimpi hendak kurus kalau tidur tidak terjaga.
Kurang tidur naikkan selera makan. Hormon lapar ghrelin jadi tinggi. Asyik minta hendak makan sahaja.
Hormon kenyang leptin pula turun. Merajuk. Tak nak naik.
2. TAK URUS STRES DENGAN BAIK
Di mulut asyik dok sebut “streslah”. Bila perkataan stres menjadi zikir, yang akan menyersng ialah stres.
Bila kita stres rasa hendak berjajan akan naik. Ais krim nampak menggoda sungguh. Keropok dan kerepek bagi air liur meleleh.
Bila dijamah timbul rasa nak tambah. Maka teruslah kita belasah. Akibatnya bikin kita resah.
3. TIDAK CUKUP AIR
Air punya kuasa untuk hadirkan tubuh impian. Ramai selalu keliru antara lapar dan tubuh minta air.
Sebenarnya tubuh minta air. Sebab sudah berkurang. Tapi kita baca perut kita lapar. Bila salah baca tangan cepat capai makanan. Mulut ringan jer nak mengunyah.
Jadi kalau hari-hari macam Ini, macam mana hendak kurus dan sihat?
Sumber kredit: Telegram Dr Rizal Abu Bakar