Mungkin anda pernah berasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, dan rasa hendak cramp bukan? Kalau ada, ini merupakan tanda-tanda anda kekurangan air atau dalam bahasa Inggeris disebut dehydration.
Tahukah anda bahawa dehydration boleh memberi komplikasi buruk pada kesihatan antaranya ialah organ failure. Memang bahaya.
Selalunya apabila ditanya mengapa tidak minum air, pelbagai jawapan diberikan. Antara alasannya yang sering diberikan ialah seperti kalau minum banyak waktu sahur, perut akan kembung. Hendak rukuk dan sujud pun susah. Jadi tidak berani minum air banyak.
Ada pula yang beri alasan malas hendak ulang alik ke tandas kalau minum banyak. Ya! Semua ini betul. Pada yang tidak mahu minum banyak air, jangan risau. Anda boleh dapat air dari sumber lain. Paling mudah ialah dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jom kita tengok LIMA buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.
TEMBIKAI
Tembikai ni 92% adalah air. Kalau kita makan satu cawan tembikai dah dapat ½ cawan air.
Tembikai ada banyak manfaat lain. Bukan setakat air saja. Dalam tembikai ada lycopene. Anti oksida yang power Lycopene ni.
Lycopene bantu kurangkan kerosakan pada sel. Ni bukan sel biasa. Sel-sel yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes.
ROCK MELON
Kalau ada bajet sikit, boleh makan Rock Melon. Dalamnya ada 90% air. Satu cawan Rock Melon ni berikan kita lebih dari ½ cawan air. Banyak tu.
Sama juga macam tembikai. Rock Melon ada banyak khasiat lain. Paling orang suka ialah sebabkan kita rasa kenyang. Tak rasa nak berkudap atau bermoreh lagi.
Rock Melon juga kaya dengan Vitamin A. Satu cawan berikan kita 120% keperluan harian vitamin A. Baguskan?
Paling saya suka pasal vitamin A ni ialah bab sistem imun. Kajian sebut Vitamin A akan boost sistem imun. Jauhkan kita dari jangkitan.
OREN
Buah Oren ada 88% air. Saya perasan oren dari Mesir manis sangat. Bolehlah cari.
Dalam oren ada Vitamin C dan potassium. Keduanya juga boost fungsi sistem imun kita.
Musim virus merata ni sesuai sangat ambil oren. Flavonoids yang halang sel rosak ada pada oren.
Oren juga tinggi fiber. Jadikan kita kenyang. Dah lah dapat air, kenyang pula lagi.
TIMUN
Timun masuk kategori sayur. Bukan buah. Walaupun bentuk macam buah,
95% dari timun adalah air. Dahsyat kan. Timun ni kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium.
Kita tahu magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh. Magnesium juga bantu bagi dapat tidur nyenyak.
TOMATO
Tomato ada 94% air. Satu saiz sederhana bersamaan dengan ½ cawan air. Tomato ni kaya dengan vitamin A dan C.
Dalam tomato juga ada Lycopene. Anti oksida penting untuk lawan penyakit. Kajian sebut Lycopene dapat rendahkan risiko serangan jantung dan kanser prostate. Orang lelaki kena rajinlah makan makanan tinggi Lycopene ni.
Bolehlah ambil masa sahur buah dan sayur-sayur ni. Tak perlu lagi nak minum banyak-banyak sampai kembung perut. Buah dan sayur ni dah provide air dalam tubuh secara diam-diam.
Yang best ialah taklah rasa nak kena pergi tandas kerap. Bolehlah cuba.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar