[Video] Merpati Dirakam Sedang Sujud Di Masjidil Haram



Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor burung merapti sedang sujud. Kejadian yang menyentuh hati ramai itu berlaku di Makkah.

Tangkap layar video tular

Kelihatan burung tersebut sujud dalam masa beberapa minit tanpa diganggu oleh sesiapa. Cuma, kerana kagum, beberapa orang yang berada di sekitar mengambil peluang merakam situasi yang mengharukan itu.

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku, sebelum ini sudah beberapa kali terjadi dan sempat dirakam dan menjadi tular.

Seekor merpati yang pernah dirakam sujud depan Kaabah sekitar 8 atau 10 tahun lepas

Istimewanya Merpati Tanah Suci

Bagi muslim yang pernah pergi ke Makkah maka tentu sering melihat banyak burung merpati di sekitar Masjidil Haram. Nampak banyak kelompok merpati liar mencari makan di jalanan dan pelataran masjid. Ketika melewati halaman Masjidil Haram, ratusan burung merpati berterbangan menyantuni jemaah dari seluruh pelusuk dunia dan berebut makanan yang sengaja diberikan oleh para jamaah yang berada ditempat itu.

Burung-burung merpati yang digelar penduduk di situ ini sebagai Al-Hema ini jinak. Burung merpati yang ada di Mekah maupun Madinah ternyata sama dengan Merpati lainnya, tidak mempunyai keistimewaan khusus dibanding dengan merpati lainnya.

Namun, merpati Makkah yang sering dijumpai di halaman Masjidil Haram berbeza dengan jenis merpati di belahan dunia lain. Warnanya unik dan bulunya dihiasi dengan 2 garis melintang mirip pangkat seorang perwira dalam keten.teraan.

Apa yang uniknya, hukum adat di Makkah adalah kita dilarang untuk menang.kap apalagi berburu burung merpati tersebut, baik dalam ihram maupun tidak. Kecuali setelah berada di luar kota Mekah, itupun bukan untuk yang sedang ihram.

Burung-burung ini telah hidup sebati bersama dengan penduduk di situ.

Burung merpati yang turut bersujud di samping jemaah yang solat

Menurut salah seorang penduduk Makkah, Abdul Razzak Muhammad, 80, menceritakan merpati dan manusia di situ saling berkasih sayang.

“Setelah solat Subuh, saya biasa ke atap rumah untuk memberi merpati makan dan minum. Saya suka melihat mereka,”

Bahkan, dia berasa seolah melakukan meditasi mendengar kicauan burung itu setiap hari.

“Sejak kecil kami tak pernah takut merpati. Kami terbiasa hidup bersama merpati kerana orang tua kami mengajarkan memberi makan dan minum merpati di luar rumah, di jalan atau di lapangan,” ujarnya lagi.

Para jamaah yang hadir ramai yang tidak melepaskan peluang memberi kumpulan merpati ini makan, yang mana makanannya boleh didapati di kedai berhampiran yang dijual dengan harga 10 rial sekilo.

Sujud selama beberapa detik, tak diganggu oleh para jemaah.

Sejarah

Pelbagai versi sejarah tentang burung merpati yang ada di tanah suci itu. Ada sejarawan yang mengaitkan dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW. Ketika itu Rasulullah bersama sahabat Abubakar sedang dikejar kaum ka.fir Quraisy, beliau lalu bersembunyi di Gua Hira.

Pada saat itulah di pintu gua bersarang labah-labah dan pada saat yang sama ada pula burung merpati sedang bertelur di sarang yang dibina di hadapan pintu gua itu. Dan, dikatakan merpati yang ada Tanah Suci ini merupakan keturunan daripada pasangan merpati tersebut.

Kerana melihat pintu gua ditutup labah-labah dan ada merpati bertelur, maka kaum Quraisy yakin tidak mungkin sesorang dapat bersembunyi di dalam gua, dan Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. akhirnya selamat.

Manakala, sebahagian yang lain menyatakan merpati yang ada di situ merupakan keturunan merpati yang diselamatkan oleh Nabi Nuh AS ketika banjir besar melanda dunia.

Ada juga yang mengatakan ianya keturunan burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas ke atas ten.tera bergajah Abrahah.

Entah kisah mana yang benar, yang pasti kehadiran mereka ini seolah menghidupkan Makkah dan menghibur para jamaah. Merpati yang identik dengan simbol kedamaian seperti menggambarkan damainya suasana di Masjidil Haram.

Tidak hanya pemandangan merpati sujud seolah sengan menunaikan solat, ada sebahagian yang pernah menyaksikan burung-burung ini berlegar-legar di ruang udara Baitullah sebanyak 7 kali seolah-olah sedang melakukan tawaf.

Sumber : Ihram Asia / Media Sosial/ Riaupagi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post