Setelah hilang selama 3 hari akhirnya, seorang lelaki ditemui meningg4l dunia di tengah padang pasir dengan kenderaannya yang berada beberapa meter berhampirannya dipenuhi dengan kayu.
Apa yang menyentuh hati, lelaki berwarganegara Arab Saudi itu ditemui meningg4l dunia dalam keadaan bersujud di kawasan gurun padang pasir.
Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api.
Keluarganya cuba menghubungi beliau beberapa kali namun tiada jawapan. Mereka kemudiannya membuat laporan orang hilang di balai polis Wadi Al-Dawasir.
Beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum m4yatnya ditemui pihak polis dalam satu 0perasi pencarian pada 3 hari berikutnya.
Mengikut laporan tempatan, pasukan penyelamat turut menemui sebuah kereta yang penuh dengan kayu api terletak tidak jauh dari situ, dipercayai kepunyaan lelaki tersebut.
Difahamkan, kayu a.pi yang dikumpul itu mungkin untuk kegunaan ahli keluarganya di rumah.
Sehubungan itu, beberapa rakaman video dan gambar mengenai situasi tersebut mula tular di media sosial.
Keadaannya yang sujud tersebut dipercayai kerana beliau berhenti di kawasan tersebut untuk menunaikan kewajipan solat.
Walau kejadian ini berlaku pada tahun 2020, penemuan tr4gis tersebut mendatangkan rasa terke,jut dan terharu oleh ramai. Ramai mendoakan lelaki tersebut serta keluarganya.
Subhanallah. Pemergian yang dicemburui. Semoga kita juga mendapat husnul khotimah, pengakhiran yang baik untuk diri kita seperti lelaki ini yang diambil dalam keadaan mencari rezeki untuk keluarga, dan beribadah.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu.
Sumber :Twitter TheArabHash/ Lifeinsaudiarabia