Kapal karam berusia 157 tahun kini bertukar menjadi ‘hutan terapung’ di Australia



Bukan ramai yang mengetahui kisah sebuah kapal api yang dahulunya pernah k4ram sekitar abad ke-19. Kapal dari Glasgow, Scotland yang dikenali sebagai Adelaide SS City ini dilancarkan pada tahun 1863 dan digunakan sebagai pengangkutan kargo. Menurut sejarah, kapal Adelaide SS City ini telah terbenam ke dasar lautan di Teluk Cockle, Pulau Magnetic di Australia.

Pada awalnya, kapal ini digunakan bagi perkhidmatan feri di beberapa buah pelabuhan seperti Sydney, Melbourne, Honolulu dan sebagainya.

Hampir 30 tahun kemudian, kapal ini mula menjalankan perkhidmatan pengangkutan arang dan barangan lain sehinggalah ianya terb4kar pada tahun 1912 dan tengg3lam ke dasar laut. Tiga tahun kemudian, seorang penduduk di Pulau Magnetic yang dikenali sebagai George Butler telah membeli bangkai kapal berkenaan untuk dijadikan sebagai pem3cah ombak di kawasan Teluk Picnic.

Malangnya, ketika George sedang menunda kapal berkenaan, mereka telah terk4ndas di Teluk Jiguan dan menyebabkan kapal Adelaide SS City terdampar di kawasan tersebut dan mer3put. Bagaimanapun, menerusi internet, gambar terkini kapal itu telah tersebar meluas dan menjadi perhatian majoriti netizen disebabkan oleh perubahan semula jadi yang berlaku.

Dapat dilihat dengan jelas terdapat beberapa batang pokok bakau tumbuh subur di atas kapal berkenaan sekali gus membuatkan kapal ini kelihatan seperti sebuah pulau kecil.

Ramai warganet memberikan pelbagai reaksi mengenai kejadian tersebut. Antaranya:

“Saya masih ingat kejadian ini ketika saya masih kecil sekitar 20 tahun lalu. Seluruh bahagian kapal telah musnah dan hanya terdapat beberapa batang pokok bakau. Kini, seperti yang anda boleh lihat, badan kapal berkenaan semakin terjejas namun pokok-pokok bakau ini terus berkembang”.

“Adelaide SS City adalah salah satu kapal k4ram di pulau berkenaan. Kapal k4ram dapat menarik kehadiran pelancong dan setiap satu daripadanya mempunyai sejarah yang tidak ternilai”

Sumber:erabaru.com

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post