Ujian merupakan suatu yang wajib dialami oleh setiap orang-orang beriman. Ujian dan musibah merupakan tanda Allah SWT cinta kepada kita. Inilah yang patut difahami oleh setiap antara kita. Semakin tinggi iman, semakin berat pula ujian. Namun ujian yang berat ini akan dibalas dengan pahala yang besar pula, apa yang penting adalah bersabar.
Dari Anas bin Malik, Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan huku,mannya di dunia. Jika Allah menghendaki kejelekan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas d0sa yang dia perbuat hingga akan ditunaikan pada hari kiamat kelak.” (HR. Tirmidzi no. 2396)
“Sesungguhnya pahala besar kerana balasan untuk ujian yang berat. Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka. Barangsiapa yang redha, maka ia yang akan meraih redha Allah. Barangsiapa siapa yang tidak suka, maka Allah pun akan mur ka.” (HR. Ibnu Majah no. 4031)
Nabi Ayyub a.s adalah contoh dari para Nabi yang diberi ujian peny4kit yang berat, kr0nik atau sangat p4rah dalam tempoh yang lama. Diuji pula dengan keluarga dan hartanya.
Meskipun begitu, Nabi Ayyub tetap dengan kesabarannya dan terus-terusan berdoa mengadu kepada Allah SWT akan peny4kitnya.
Doanya dirakam dalam al-Quran yang mulia di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 83. Dalam penuturan tersebut, terdapat pujian agung kepada baginda ‘alaihissalam, ketinggian kedudukannya ketika diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang sangat berat. Namun, Dia mendapatinya sangat bersabar malahan mengharap pahala.
DOA NABI AYYUB ALAIHISSALAM
Dengan bertawasul kepada Allah SWT, Nabi Ayyub a.s mengkhabarkan keadaan dirinya bahawa mudha,rat yang dialami telah mencapai tahap yang sangat berat dan dengan rahmat Allah SWT yang luas, Ayyub a.s pun menyeru Rabbnya,
ROBBI ANNII MASSANIYADH-DHURRU WA ANTA ARHAMUR ROOHIMIIN
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penya,kit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.
Menurut Ibnu Qayyim rahimahullah dalam kitab al-Fawa’id, “Beliau (Ayyub alaihissalam) telah mengumpulkan dalam doa ini antara hakikat tauhid dan menampakkan kefakiran serta keperluan kepada Rabbnya, dengan adanya kecintaan yang besar padanya, pengakuan untuknya tentang sifat pengasih dan Dia Maha Pengasih di antara para pengasih, serta bertawasul kepada-Nya dengan sifat-sifat-Nya, besar keperluannya, dan kefakirannya. Apabila orang ditimpa ujian mendapatkan hal ini nescaya disingkap darinya ujiannya.” (Fiqih Doa dan Dzikir jilid 2, hlm. 481)
Dengan doa tersebut, Allah SWT pun menyembuhkan atau menghilangkan penya,kit Nabi Ayyub yang menurut ukuran manusia adalah mustahil untuk di sembuhkan.
“Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penya,kit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang beribadah.” (QS. Al-Anbiya` : 84)
Demikianlah kebergantungan penuh Nabi Ayyub a.s kepada Rabbnya, tidak pernah berputus asa meski hilang harta, hilang keluarga.
Tentunya, setiap dari kita pasti akan menghadapi hari-hari yang sukar dalam hidup. Apapun yang kita hadapi, semoga kita dapat mengambil iktibar atas kisah Nabi Ayyub ini dan mengamalkan doanya mengharap sepenuh hati agar diangkat cubaan-cubaan yang berat dalam hidup.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat.
Sumber : Rumaysho/MuslimahId