Mencari rakan yang baik dan dapat memberikan bantuan kepada kita dalam situasi senang mahupun susah bukanlah satu perkara yang senang.
Lebih-leibih lagi apabila sudah di usia senja dan memerlukan bantuan yang lebih daripada orang sekeliling.
Setiap hari pimpin tangan
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik video yang dirakam dari jauh bapanya yang dipimpin oleh seorang rakan untuk pergi ke masjid berjalan kaki.
Ayah dah tak berapa nampak
Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @_4clover_, penglihatan bapanya sudah tidak berapa jelas, jadi rakannya akan datang setiap kali tiba waktu solat untuk memimpinnya sama-sama ke masjid berdekatan.
Pengguna TikTok berkenaan juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakan bapanya kerana sudi menjaga warga emas tersebut di masjid. Dia turut mendoakan agar pakcik berkenaan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah S.W.T.
Terharunya tengok video macam ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama berasa terharu dengan persahabatan mereka. Mereka juga mengakui bukan senang mendapatkan seorang sahabat seperti itu yang setia memimpin rakannya untuk sama-sama beribadah di masjid.
Mereka juga mendoakan agar dua warga emas itu terus diberkati oleh Allah S.W.T dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat terus ke masjid bersama-sama.
Sumber dan rujukan
TikTok @_4clover_ VIA OMM